
Topik kita hari ni - Kehidupan kita SELEPAS BERSARA....Bersara Muda atau Bersara umur 58tahun, Bersara income macam jutawan , income sederhana atau Bersara tapi MISKIN...Kita ada pilihan nak KAYA atau MISKIN, KESENANGAN atau KESENGSARAAN.... APA PERANCANGAN YANG ANDA LAKUKAN...!
Minta maaf lah kalau saya cakap yang anda belum ada apa2 lagi persediaan untuk bersara, belum lagi ada wang yang cukup untuk bersara. Malahan ada lagi yang langsung tidak memberikan pemikiran yang cukup mengenai persaraan.
Apa yang anda fikirkan yang duit pencen atau kwsp anda boleh menguruskan semuanya.
Perkataan bersara bagi anda sesuai untuk orang-orang tua sahaja sekarang ni masih muda...'aahh nanti lah aku fikirkan pasal tu semua'...emm inilah yang terjadi sekarang nie. Bersedia lah dengan satu kejutan besar. Satu fakta yang anda semua perlu tahu terdapat 90% kemungkinan yg anda takkan mempunyai wang yang cukup selepas bersara. Pencen atau KWSP tak cukup, malahan tak sampai separuh cukup pun. Cuba bayangkan dengan wang KWSP anda contoh kita ambek satu situasi. Gaji sebulan dapat RM1500, potongan KWSP 11% manakala majikan 12% so total 23% bersamaan RM345. Kalau kita kira selama 20tahun wang dalam KWSP anda ada lebih kurang RM106,177. Kalau kita tengok jumlah RM106,177 memang banyak tapi sampai bila wang itu boleh bertahan, kalau belanja bulan-bulan RM4000 x 12bulan = RM48,000. Kalau 2tahun sudah jadi RM96,000. kalau 3tahun = RM144,000. RM144,000 dah melebihi wang KWSP anda.
Takkan dah tua-tua atau dah bersara baru nak ambil tindakan atau cari jalan untuk gandakan duit tu, yang ni belum kira kos perubatan kita atau family kita, biasanya lepas bersara jee 2-3tahun dah sakit-sakit, macam-macam plak tu bukan 1-2 jee. Sepatutnya lepas bersara kita menikmati kehidupan yang selesa, jadi tuan puan buat satu perancangan kewangan dari sekarang bukan lepas tunggu bersara baru nak rancang. Begitu juga dengan wang pencen, tak cukup yang kita dapat...tak cukup. Buat lah lima perkara sebelum 5 perkara jangan ada sikap bertangguh. Buang dari kamus hidup kita. Yang pasti pilih kekayaan dan keselesaan jangan pilih kemiskinan, kenapa nak pilih miskin sedangkan kekayaan milik anda. Percakapan kita satu doa =)
No comments:
Post a Comment